fbpx

Padah baling serpihan kerusi, lelaki dipukul dengan besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis merampas sebatang besi chop buah sawit dalam kejadian pukul di Felcra Rompin, di sini, semalam. - IHSAN POLIS

JEMPOL – Gara-gara tidak puas hati dibaling serpihan kerusi plastik semasa sedang menunggang motosikal, seorang lelaki berusia 22 tahun sanggup membalas balingan berkenaan dengan memukul si pembaling menggunakan sebatang besi chop buah sawit dalam kejadian di Felcra Rompin, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, susulan kejadian berkenaan, mangsa berusia 24 tahun terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Jempol dan doktor mengesahkan tangan kiri mangsa telah patah.

Menurutnya, berdasarkan siasatan, kedua-dua lelaki saling mengenali kerana menetap di perkampungan yang sama.

“Suspek dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang membalingnya dengan serpihan kerusi plastik. Sehari selepas kejadian, kira-kira pukul 6.30 petang, ketika mangsa berada di atas motosikal di tepi sebuah warung di Felcra Rompin B, suspek datang ke arah mangsa sambil membawa chop buah sawit.

“Suspek berkata kepada mangsa ‘kau tak puas hati apa dengan aku?’ lalu menghayun chop tersebut ke arah muka mangsa. Mangsa telah menahan menggunakan tangan dan menyebabkan tangan kiri mangsa sakit dan kebas,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Chang Hock berkata, selepas memukul mangsa, suspek terus melarikan diri dan mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Rompin kira-kira sejam selepas kejadian.

“Suspek telah ditangkap, manakala barang kes telah dirampas untuk siasatan lanjut dan lelaki berkenaan mengaku memukul pengadu menggunakan chop buah kelapa sawit yang dirampas.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI