fbpx

Netizen persoal di mana Caprice

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan misi kemanusiaan HM4P menyampaikan sumbangan di Kem Pelarian Gaza, Jordan baru-baru ini.

PETALING JAYA – Keberadaan penyanyi rap, Caprice kini menjadi tanda tanya apabila kelibatnya tidak kelihatan di beberapa hantaran yang dibuat oleh Ketua misi Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang kini berada di Jordan.

Ahli Parlimen Baling itu melalui Facebooknya ada memuatnaik beberapa hantaran mengenai aktiviti kumpulan tersebut yang kini masih berada di Jordan.

Kumpulan tersebut difahamkan masih belum berjaya memasuki Gaza dan kini giat menyampaikan sumbangan di kem-kem pelarian Gaza di Jordan, bagaimanapun kelibat Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 32 langsung tidak kelihatan.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen juga mendapati orang ramai mula mempersoalkan di manakah penyanyi rap itu berada kerana Caprice juga merupakan salah seorang peserta misi HM4P.

“Bukan ke Caprice ikut Datuk Azeez ke sana juga? Sudah tinggalkan di tepi jalan mana-manakah?,” tanya Imran Harith.

“Mana Caprice? Tak ada pun dalam gambar. Atau dia tukang ambilkan gambar ini?,” soal Kuplaikhan Siti.

“Terbaik, teruskan usaha membantu umat. Jenuh juga ‘scroll’ cari Caprice dalam gambar, tapi langsung tidak kelihatan,” kata seorang lagi netizen, Zulhelman Roslan.

Terdahulu, misi kemanusiaan HM4P selama dua minggu anjuran Biro Kebajikan UMNO (Bikum) yang dipengerusi oleh Abdul Azeez berlepas ke Jordan pada 16 Jun bertujuan menghantar bantuan makanan dan ubat-ubatan ke dua lokasi tersebut yang terjejas selepas serangan tentera Zionis. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI