fbpx
Sumber kepada gas metana yang terhasil di planet Marikh dikatakan hanya beberapa belas kilometer dari kedudukan Curiosity. – AFP

NASA kesan sendawa makhluk asing di Marikh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASADENA, CALIFORNIA – Sekumpulan saintis dari California, Amerika Syarikat mendakwa kenderaan peneroka milik Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Curiosity, berjaya mengesan kehadiran sendawa makhluk asing, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Berdasarkan laporan dalam kertas penyelidikan pakar-pakar dari Institut Teknologi California, saintis mendakwa mereka  mengesan sumber gas metana, kebiasaannya dihasilkan oleh mikroba, yang membawa kesimpulan terhadap kemungkinan adanya kehidupan di planet merah itu.

Mereka juga mungkin telah berjaya mengesan sumber kepada gas metana yang terhasil, iaitu hanya beberapa belas kilometer dari kedudukan Curiosity.

“Penemuan penyelidikan ini menunjukkan bahawa kawasan pelepasan aktif berada di sebelah barat dan barat daya Curiosity, di lantai kawah barat laut.

“Ini mungkin menjadi satu kebetulan bahawa kami telah memilih kawasan mendarat untuk Curiosity yang terletak bersebelahan dengan tapak pelepasan metana aktif,” kata kertas laporan tersebut.

Tambah para penyelidik, keadaan itu dikatakan akan menjadi prospek baharu kepada para saintis, kerana hampir semua gas metana di atmosfera Bumi mempunyai asal-usul biologi. 

Penemuan tersebut menjadi petunjuk utama kepada pencarian kehidupan di planet Marikh, yang sekian lama menjadi tarikan para penyelidik. – AGENSI 

 

POPULAR