fbpx

Jemaah haji baru selesai ibadah Tawaf Qudum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadan terkini di Mekah yang dikongsi seorang jemaah menerusi siaran langsung di Facebook hari ini..

PETALING JAYA – Menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha Selasa ini, jemaah haji yang berada di Mekah kini sedang melakukan pelbagai persediaan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Makkah Kenangan Terindah oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Najhan, kebanyakan jemaah baharu selesai mengerjakan Tawaf Qudum.

“Setakat ini keadaan di Mekah terkawal walaupun jemaah dianggarkan sebanyak 60,000 masih lagi mengamalkan penjarakan fizikal, keadaan cuaca di sini sejuk pada waktu malam, manakala pada siang hari agak panas. Ketika tawaf, kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil.

“Kami tidak tinggal di hotel di Mina, tetapi di tempatkan dalam khemah berhawa dingin yang ditempatkan berdekatan jamratul (tempat melontar),” katanya dalam siaran langsung di Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Najahan memberitahu, pemberian air zamzam percuma telah diteruskan oleh pihak berkuasa di Mekah selepas ia tidak dibenarkan sebelum ini disebabkan penularan Covid-19.

“Apa yang istemewa hari ini adalah setiap bas yang membawa jemaah haji akan diringi oleh kereta polis. Kami seolah-olah seperti VIP (orang kenamaan),” katanya yang kini bekerja di Jeddah.

Sementara itu, seorang jemaah yang dikenali sebagai Nazirah Jamaluddin, 59, turut berkongsi situasi semasa di Tanah Suci Mekah.

Menurut ibu kepada empat orang anak itu, dia kini berada di Mina dan menunggu untuk bergerak ke Arafah.

“Alhamdulillah, kumpulan kami berada di Mina sekarang dan menunggu arahan untuk berangkat ke Arafah,” katanya.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI