fbpx

‘Bukan hak saya’  – Trofi FFM Syafie Naswip dipulangkan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMILIK akaun Instagram Abam Peah yang mahu memulangkan semula trofi Aktor Terbaik FFM yang dibeli daripada Syafie Naswip.

PETALING JAYA – Ada pepatah berbunyi, ada ubi ada batas, ada budi ada balas.

Barangkali, peribahasa itu sesuai menggambarkan ‘kebaikan dibalas kebaikan’ yang diterima pelakon Syafie Naswip apabila trofi Festival Filem (FFM) ke-25 yang sudah dijual akan kembali menjadi miliknya.

Menurut satu hantaran status dimuat naik individu bernama yang menggunakan nama Abam Peah dalam Instagram, trofi berharga RM10,000 itu akan dikembalikan semula kepada Syafie.

“Saya bersetuju untuk membeli trofi ini kerana duit hasil dari pembelian akan dia (Syafie) gunakan 100 peratus untuk tujuan amal membantu golongan yang terjejas.

“Asalnya, trofi ini akan jadi milik saya 100 peratus setelah dibeli tapi apabila difikir balik, ini bukan hak saya kerana ini satu anugerah atas bakat Syafie sepanjang dalam dunia lakonan.

“Jadi dengan ini, saya akan kembalikan balik kepada yang berhak,” katanya dalam Instagram.

Menjengah ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen yang memberikan pujian kepada Abam Peah yang juga seorang ahli perniagaan itu.

Terdahulu, Syafie telah berjaya menjual trofi kemenangan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik yang diperolehnya ketika FFM25 kepada seorang pemuda yang dikenali sebagai Abam Peah dengan nilai RM10,000.

Pelakon drama Budak Tebing itu turut memohon mana-mana pihak supaya tidak salah anggap bahawa tindakannya menjual trofi untuk mendapat populariti.

“Jangan salah anggap. Saya bukan nak popular. Memang saya nak tolong setakat mana yang saya mampu. Saya tidak ada harta untuk dikongsikan,” katanya.

Pengorbanan itu dilakukan Syafie, 29, bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia yang terkesan dan memerlukan bantuan disebabkan pandemik Covid-19 yang masih belum reda di negara ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI