fbpx

Penganjur, peserta himpunan akan dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penganjur dan peserta himpunan akan dipanggil dalam masa terdekat untuk diserahkan kompaun.

KUALA LUMPUR – Polis akan mengeluarkan kompaun ke atas penganjur dan 20 individu yang melanggar operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana menyertai perhimpunan di Padang Dataran Merdeka di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, mereka yang terlibat akan dipanggil dalam masa terdekat untuk diserahkan kompaun.

“Melalui siasatan awal, kita sudah mengenal pasti tiga individu yang dipercayai bertindak sebagai penganjur perhimpunan tersebut,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, kumpulan yang terdiri daripada 20 individu itu didapati mula berkumpul pada pukul 2.55 petang dengan membawa bendera hitam dan beberapa barangan lain.

“Semasa himpunan itu berlangsung dilancarkan puisi sebagai bantahan kerana pihak terlibat yang gagal menangani Covid-19.

“Kumpulan itu diketuai Sekretariat Solidariti Rakyat yang merupakan gabungan parti politik iaitu Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR),” ujarnya.

Pasukan Pemantauan Pematuhan SOP PKP diketuai Superintendan Naazron Abdul Yusoff telah ke lokasi perhimpunan dan mengarahkan kumpulan itu bersurai.

Tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku di lokasi perhimpunan tersebut. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI