fbpx

18,000 suntikan vaksin AZ sehari di PWTC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 18,000 orang penerima vaksin di PPV Mega AstraZeneca, PWTC bermula hari ini.

KUALA LUMPUR – Projek pemberian vaksin kepada 18,000 orang penerima di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega AstraZeneca (AZ), Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur (PWTC) bermula hari ini dari pukul 8.30 pagi hingga 8.30 malam.

Pengurusan Uniklinik di PWTC, Dr. Nazif Nor Rahim berkata, terdapat tiga buah stesen pemberian vaksin di PPV Mega AZ PWTC dan salah sebuah stesen dikendali pihaknya.

“Projek ini merupakan projek pemberian vaksin mega yang pertama di Malaysia. Sebelum ini projek PPV Mega AZ PWTC hanya memberi 9, 000 vaksin sehari dan dengan kemampuan pasukan kesihatan di PWTC maka jumlah vaksin telah di tingkatkan kepada satu kali ganda.

“Terdapat tiga stesen menguruskan pemberian vaksin ini dan salah sebuah pasukan terlibat pasukan Uniklinik yang merupakan gabungan 25 doktor muda. Uniklinik akan mengendalikan sebanyak 6,000 suntikan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Nazif berkata, sebelum ini seramai 60 petugas Uniklinik di PWTC dan jumlah itu ditambah kepada 80 orang bagi memastikan projek pemberian vaksin terbesar itu berjalan lancar.

Menurut beliau, peningkatan pemberian vaksin itu menggambarkan rakyat Malaysia telah yakin dan menerima vaksin sebagai perlindungan diri daripada virus Covid-19.

“Ini adalah inisiatif penting yang dipikul bersama oleh pasukan Uniklinik bagi memastikan imuniti kelompok di Malaysia tercapai dan rakyat mendapat perlindungan,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI