fbpx

Sampai tua beruban baru kes nak turun, kita bebas? – Awal Ashaari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AWAL ASHAARI

PETALING JAYA – Krisis pandemik yang semakin meruncing di negara ini mengundang banyak luahan dan tekanan yang dialami semua orang, tidak terkecuali golongan artis.

Pengacara Awal Ashaari misalnya yang mengakui kecewa dengan keseluruhan sistem pentadbiran yang menguruskan pandemik sehingga negara mencatatkan peningkatan mendadak kes harian Covid-19.

Soal Awal atau nama lengkapnya Ahmad Awaluddin Ashaari, sampai bila rakyat perlu hidup seperti ini sehingga menyaksikan ramai kehilangan kerja dan perniagaan gulung tikar.

“Tiada arahan yang jelas, tiada jaminan bila dan sampai bila kita perlu hidup begini? Tiada pengurusan krisis yang bagus untuk kita semua.

“Duduk rumah dah, kena cucuk vaksin dah. Tutup bisnes dah. Hentikan penggambaran dah. Kena buang kerja pun dah. Pinjaman rumah, kereta dan gaji pekerja bulan-bulan kena juga bayar. Duit simpanan dah banyak susut. Duit dah lama tak masuk-masuk,” luahnya.

Pengacara Melodi itu meluahkan perasaan kecewanya menerusi hantaran dalam Instagram sebentar tadi.

Dalam hantaran sama, suami kepada pelakon Scha Alyahya itu juga turut meluahkan perasaan terhadap perkembangan kehidupan dua orang anaknya iaitu Lara Alana dan Lyla Amina.

Katanya, Lara mengalami masalah tercicir dalam pelajaran akibat sudah setahun mengikuti pembelajaran dalam talian.

“Anak dah setahun belajar dalam talian. Dah habis darjah dua pun. Tercicir pelajaran jangan cakaplah. Seorang lagi sejak lahir menghadap kipas kat siling, tak kenal dunia luar.

“Nak ambil angin di kawasan rumah pun pengawal keselamatan halau suruh masuk berkurung dalam rumah. Jadi, kes naik 13,000, apa patut kita buat? Raikan di rumah?” katanya.

Semalam, negara mencatatkan peningkatan kes Covid-19 kepada 13,215 berbanding kelmarin iaitu 11,618 kes.

Dalam minggu ini sahaja, kes harian Covid-19 menunjukkan peningkatan luar biasa dengan menyaksikan negeri Selangor mencatat angka tertinggi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI