fbpx

PKPD 34 mukim di Selangor tamat hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) melibatkan 34 mukim di Selangor tamat mengikut jadual yang ditetapkan, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sidang khas Majlis Keselamatan Negara telah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai situasi semasa dan bersetuju untuk tidak melanjutkan PKPD di kesemua mukim terlibat.

“Selain itu, PKPD di Kilang Jimat Jaya Sdn Bhd, Kawasan Industri Ringan Bukit Makmur serta Asrama Pekerja, Kuala Muda, Kedah turut tamat seperti dijadualkan berkuat kuasa esok.

“Manakala PKPD di Taman Desaria, Seremban, Negeri Sembilan berakhir pada Ahad ini mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau menambah, PKPD membabitkan tiga lokaliti di Sabah iaitu Kampung Pantai Emas, Kota Belud; Kampung Iban Kuala Nansang, Tawau dan Kampung Babagon, Penampang serta satu lagi lokaliti di Taman Nagasari, Pulau Pinang berakhir esok. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI