fbpx

Negeri Sembilan, Sarawak larang ibadah korban Aidiladha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOP yang telah ditetapkan ketika ibadah korban minggu hadapan.

PUTRAJAYA – Menjelang tiga hari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha, cuma Negeri Sembilan dan Sarawak yang secara rasmi melarang ibadah korban bagi dilaksanakan.

Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini, baki 11 negeri lain dan tiga Wilayah Persekutuan membenarkan ibadah penyembelihan tersebut dengan protokol ketat.

Menurut Jakim, lokasi aktiviti itu pula perlu dapat keizinan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), jabatan agama Islam negeri, pejabat agama Islam daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menerusi hantaran infografik yang disediakan oleh Jakim itu, cuma Melaka, Johor dan Wilayah Persekutuan melarang penyembelihan di masjid atau surau.

Ini merupakan tahun kedua aktiviti korban sempena Hari Raya Aidiladha dilaksanakan dalam prosedur operasi standard yang ketat dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI