fbpx

United sedia lepaskan Telles ke Roma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TELLES gagal mendapat tempat dalam skuad United ketika ini ekoran peningkatan prestasi Shaw. – AFP

ROM – Manchester United dilaporkan membuka tawaran kepada AS Roma yang dikendalikan oleh Jose Mourinho ketika ini untuk mendapatkan pemain pertahanan kiri mereka, Alex Telles.

Telles berdepan kesukaran untuk mendapatkan minit permainan untuk musim pertamanya di Old Trafford selepas melengkapkan perpindahannya dari FC Porto musim lalu.

Prestasi cemerlang yang dipamerkan oleh Luke Shaw menyebabkan Telles gagal untuk mendapat peluang beraksi sertaperlu mencari peluang bersama pasukan lain dan Roma mungkin menjadi destinasi seterusnya.

Pihak pengurusan Roma dilaporkan sudah menerima tawaran berkenaan dan Mourinho dikatakan tidak menolak peluang untuk mendapatkan Telles.

Ia berikutan mereka juga kehilangan pemain pertahanan versatil, Leonardo Spinazzola untuk tempoh yang agak lama selepas mengalami kecederaan ketika beraksi bersama skuad Itali di Euro 2020.

Bagaimanapun, Roma mahu mencuba nasib mengemukakan tawaran secara pinjaman terlebih dahulu kepada United berbanding membuat keputusan untuk mendapatkan khidmatnya secara kekal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI