fbpx

Sorok gelang merah jambu guna kertas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dua lelaki warga asing dipercayai memakai gelang pink dikesan 'merayap' di sebuah kawasan perumahan.

PETALING JAYA – Dua lelaki warga asing yang dipercayai memakai gelang merah jambu dikesan merayau di sebuah kawasan perumahan sebelum diarahkan pulang ke rumah.

Menerusi satu perkongsian di Facebook Koleksi Viral, sebuah klip video berdurasi 43 saat itu memaparkan dua lelaki berjalan dan menutup lengan mereka menggunakan kertas.

Tindakan mereka disedari seorang lelaki yang kemudian meminta menunjukkan lengan itu.

Bagaimanapun, lokasi dan bila video itu dirakam tidak dinyatakan.

Rata-rata pengguna media sosial memberi komen kurang senang dengan kejadian itu.

“Sememangnya tidak perlu dipertikaikan, bila memakai gelang merah jambu memang orang itu kena kuarantin dan tidak boleh keluar ke sana ke sini.

“Apabila tidak faham atau buat-buat tidak faham kes bertambah, kenapa susah sangat hendak faham,” tulis Selbiah Mahamud.

Lily Yus pula berkata, sepatutnya ada individu menolong mereka membeli barang keperluan jika itu niat mereka keluar.

Sementara itu Mohd. Amin berkata, lelaki yang memarahi warga asing itu sepatutnya menolong mereka.

“Mereka lapar memerlukan makanan, sepatutnya bantu, kamukan umat Rasulullah, apakah kenikmatan yang kamu dustai, amalan kamu yang akan diadili,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI