fbpx

Risiko jangkitan Covid-19 rendah bagi penduduk Andalas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar orang ramai beratur bagi mengunjungi CAC di Dewan Sukan Taman Sri Andalas, Klang sebelum ini

KLANG – Risiko jangkitan Covid-19 kepada penduduk Taman Sri Andalas adalah rendah walaupun pengoperasian Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) dilaksanakan kawasan tersebut.

Pejabat Kesihatan Daerah ( PKD ) Klang berkata, Covid-19 berjangkit melalui sentuhan atau melalui titisan cecair (droplets) ketika bernafas, bercakap dan batuk dalam jarak satu hingga dua meter.

Katanya, risiko jangkitan secara aerosol adalah lebih tinggi dalam bangunan atau ruang tertutup tanpa pengudaraan yang baik.

“Justeru, risiko jangkitan aerosol adalah sangat rendah kerana jarak antara dewan ke rumah terdekat adalah melebihi dua meter.

“Risiko jangkitan daripada pesakit yang beratur kepada komuniti juga adalah minima kerana pesakit berada di luar bangunan di mana kepekatan zarah virus adalah rendah kerana pengudaraan yang baik,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook rasminya hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan pembukaan CAC di Dewan Sukan Taman Sri Andalas di sini mendapat bantahan daripada 1,500 penduduk setempat.

Menurut PKD Klang, Dewan Sukan Klang Taman Sri Andalas dipilih sebagai lokasi CAC kerana berhampiran dengan hospital dalam jarak satu kilometer.

CAC di Dewan Sukan Taman Sri Andalas.

Sehubungan itu, katanya, ini amat memudahkan ambulan menghantar kes Covid-19 kategori 4 dan 5 ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Dewan itu juga bersaiz besar dan memenuhi keperluan CAC termasuk ruang pendaftaran, penilaian doktor, pemotongan gelang dan borang kuarantin, katil pemerhatian dan rawatan yang dilengkapi tong bekalan oksigen,” jelasnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI