fbpx

Jenazah mangsa Covid-19 tidak disimpan berhari-hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tidak ada kejadian mayat mangsa Covid-19 yang beragama islam dibiarkan di rumah mayat lebih daripada 24 jam, kata Presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia, Che Hassan Che Johan.

Beliau berkata, dakwaan yang mengatakan bahawa ada mayat mangsa Covid-19 terpaksa disimpan selama tiga hingga ke empat hari adalah tidak benar.

“Menurut jurucakap pihak rumah mayat di beberapa buah hospital di Selangor dan Kuala Lumpur yang mengedalikan kes-kes orang islam yang meninggal dunia akibat wabak Covid-19, mereka hanya mengambil masa tidak sampai 24 jam untuk uruskan jenazah.

“Perkara itu berlaku kerana pihak hospital perlu menunggu pengesahan mayat dari keluarga mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Che Hassan berkata, urusan mengkafan mayat pula perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Seterusnya ke tempat pengebumian yang telah diatur oleh keluarga arwah. Keluarga pula hanya perlu membayar urusan tanah perkuburan yang telah ditetapkan oleh pengurusan setempat.

“Dari hospital, jenazah akan diuruskan oleh pihak Jabatan Agama islam dan juga pihak hospital tanpa apa-apa bayaran dikenakan,” jelasnya.

Katanya, sekiranya ada pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahu memberi bantuan, itu memudahkan lagi urusan jenazah untuk dikebumikan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI