fbpx

Ikut tips Ayda Jebat, ramai dapat tarikh vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AYDA JEBAT dipuji peminat sebab berkongsi tips mempercepatkan tarikh janji temu vaksin.

KETIKA ramai yang masih kecewa kerana tidak mendapat tarikh temu janji suntikan vaksin, Ayda Jebat hadir dengan sedikit tips untuk membantu menghilangkan kegusaran ramai dengan berkongsi beberapa langkah agar cepat mendapat tarikh janji temu vaksin.

Biarpun tidak berjanji bahawa langkah tersebut 100 peratus berkesan, namun ramai yang memberi maklum balas kepada Ayda bahawa mereka telah mendapat tarikh vaksin selepas mengikuti tips itu.

Rata-rata berterima kasih kepada isteri kepada Nabil Mahir itu kerana tidak menyangka penantian mereka akhirnya terjawab selepas mendapat tarikh vaksinasi.

“Terima kasih Ayda kerana berkongsi tips itu. Terus dapat tarikh vaksin dua jam kemudian,” tulis seorang netizen.

Teruskan usaha dan cuba apa sahaja tips untuk dapatkan tarikh vaksin dengan segera. Asalkan tidak guna ‘orang dalam’ sudahlah ya.

MIZZ LAHAR: Kepada golongan selebriti tak mahu suntik vaksin, lebih baik simpan dulu kata-kata tak molek.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI