fbpx

Danny Ings pilihan City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INGS dilihat mampu menjalankan tugasnya sebagai penyerang bersama City menyebabkan dia menjadi alternatif sekiranya gagal mendapatkan Kane. – AFP

MANCHESTER – Manchester City kembali menyatakan minat mereka untuk mendapatkan penyerang Southampton, Danny Ings yang masih belum menandatangani kontrak baharu bersama kelabnya itu.

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu itu dilaporkan memerlukan seorang penyerang yang berpengalaman pada musim panas ini selepas mereka kehilangan khidmat Sergio Aguero yang berhijrah ke Barcelona selepas kontraknya berakhir musim lalu.

City dilaporkan menyenaraikan beberapa penyerang yang mereka inginkan termasuk pemain berusia 28 tahun ini dan sudah mengemukakan tawaran rundingan untuk melihat potensi perpindahannya.

Skuad kendalian Pep Guardiola itu sebelum ini dilaporkan mahu mendapatkan penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane, namun faktor harga yang tinggi menyebabkan mereka cuba mencari alternatif lain sekali gus membiarkan seteru setempat mereka, Manchester United meneruskan pemburuan.

Spurs dilaporkan sedia melepaskan Kane ke Old Trafford sekiranya United menerima tawaran mereka untuk mendapatkan dua pemain gantian dan salah satunya adalah Jesse Lingard bersama wang tunai sebanyak £100 juta (RM579.03 juta).

City sedar bahawa mereka perlu menghabiskan wang yang banyak untuk mendapatkan Kane biarpun turut mengemukakan tawaran dan dalam masa yang sama cuba untuk mencari pilihan lain sekiranya Spurs menolak tawaran itu.

Mereka melihat bahawa Ings turut memiliki kemampuan untuk menjadi penggempur utama mereka dengan ketajaman yang dimilikinya berdasarkan reputasi bersama Southampton. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI