fbpx

Polis siasat kejadian conteng tembok masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Contengan pada tembok pagar masjid di Ipoh semalam.

IPOH – Polis sedang menyiasat laporan kejadian conteng cat merah pada tembok pagar pintu masuk sebuah masjid di Taman Pengkalan Jaya di sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, laporan polis itu dibuat seorang pesara berusia 60 tahun yang merupakan ahli jawatankuasa masjid tersebut.

Katanya, semasa tiba di masjid berkenaan pada pukul 5.15 pagi, pengadu mendapati terdapat tulisan berwarna merah yang berbunyi; ‘jangan buka bunyi terlalu kuat’ di tembok pagar masjid berkenaan.

“Ketika kejadian, hanya pengadu dan isterinya sahaja berada di kawasan sekitar. Pengadu memberitahu, setiap pagi dia akan memasang bacaan al-Quran kira-kira 10 minit sebelum mengalunkan azan Subuh,” katanya di sini hari ini.

Yahaya berkata, pengadu memaklumkan tiada individu mahupun kumpulan pernah menyatakan rasa tidak puas hati berkenaan bunyi yang kuat dari masjid.

“Siasatan sedang dijalankan bagi mengesan pelaku terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencemarkan tempat ibadat,” katanya.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI