fbpx

Kibar Jalur Gemilang di langit Tokyo, Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI (tengah) bergambar bersama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (dua dari kiri); Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria (dua dari kanan), Ketua Kontinjen ke Sukan Olimpik 2020, Datuk Lee Chong Wei (kanan) dan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharuddin selepas Majlis Amanat Perdana di Kuala Lumpur semalam.

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin kontinjen negara mampu mengharumkan nama Malaysia pada Sukan Olimpik 2020 bermula 23 Julai ini dan Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo, Jepun dari 24 Ogos hingga 5 September depan.

Beliau turut menaruh harapan tinggi agar barisan atlet terpilih mampu menggondol pingat sekali gus menyaksikan Jalur Gemilang berkibar megah di langit Tokyo sambil menikmati lagu Negaraku bergema di bumi negara matahari terbit itu.

Ismail Sabri berkata demikian selepas mewakili Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Amanat Perdana bersama kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo secara atas talian semalam.

“Atlet tidak keseorangan kerana seluruh rakyat Malaysia memberi sokongan padu kepada mereka untuk meraih pencapaian terbaik dalam tempoh kurang daripada 10 hari menuju ke Tokyo.

“Saya mempunyai harapan tinggi walaupun tak terlibat secara langsung. Kita di pihak kerajaan telah cuba berikan ruang terbaik buat mereka berlatih dengan SOP (prosedur operasi standard) ketat dalam era pandemik Covid-19 ini.

“Saya harap peluang digunakan sepenuhnya untuk berjuang habis-habisan dan mencapai kejayaan di Tokyo demi memastikan nama negara subur dan harum di persada antarabangsa,” katanya dalam sidang akhbar secara maya semalam.

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Ismail Sabri turut menyerahkan Jalur Gemilang kepada Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria sebelum diberikan kepada Ketua Kontinjen ke Sukan Olimpik 2020, Datuk Lee Chong Wei.

Pada masa sama, penyerahan Jalur Gemilang turut diberikan kepada Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharuddin merangkap Ketua Kontinjen ke Sukan Paralimpik 2020.

Simbolik penutupan majlis menyaksikan Reezal Merican menyerahkan kotak kepada Ismail Sabri mengandungi ‘wishlist’ daripada atlet-atlet kebangsaan yang hanya akan dibuka jika mereka pulang dengan pingat emas pada dua temasya berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI