fbpx

Kerani syarikat pembersihan maut nahas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kemalangan yang mengorbankan nyawa seorang penunggang motosikal di kilometer 19, Jalan Seremban-Tampin, berhampiran persimpangan Sepri, dekat sini, tadi.

REMBAU – Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam nahas dua buah kenderaan di kilometer 19, Jalan Seremban-Tampin, berhampiran persimpangan Sepri, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 petang itu, mangsa, Mohd Shahrunizam Che Harun, 38, yang bekerja sebagai kerani syarikat pembersihan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik susulan mengalami kecederaan parah.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Pemangku Deputi Superintendan, Hazri Mohamad, kemalangan berkenaan membabitkan motosikal jenis Benelli yang ditunggangi mangsa dan kereta jenis Nissan Almera yang dipandu seorang wanita berusia 40-an.

“Berdasarkan siasatan awal, pemandu kereta dari arah Rembau menghala ke Seremban. Semasa membelok ke kanan menghala ke Sepri, pemandu berkenaan telah masuk laluan penunggang motosikal yang datang dari arah bertentangan menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu berlaku perlanggaran.

“Mangsa tercampak ke bahu jalan sebelah kanan dan disahkan maut di tempat kejadian. Manakala pemandu kenderaan pula menerima rawatan sebagai pesakit luar Zon Hijau Hospital Rembau susulan sakit di bahagian dada,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Hazri berkata, mayat mangsa telah di hantar ke Hospital Rembau untuk proses bedah siasat esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI