fbpx

Wanita menyelinap keluar ikut kawat besi dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukkan seorang wanita meloloskan diri melalui kawat besi di kawasan PKPD Banjaran Berjaya.

KOTA KINABALU – Aksi seorang wanita menyelinap keluar melalui kawat besi di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bandaran Berjaya menerusi satu video tular dalam aplikasi TikTok menarik perhatian ramai sejak pagi tadi.

Dalam video berdurasi 31 saat yang dirakam pukul 8.30 malam itu memaparkan wanita berbaju putih dan berseluar jeans sanggup meniarap bagi meloloskan diri dari kawat besi berkenaan sebelum melarikan diri ke arah bangunan berhampiran.

Ekoran kejadian itu, polis giat menjalankan siasatan bagi mengesan wanita berkenaan untuk siasatan lanjut.

Selain itu, individu yang merakam aksi wanita terbabit turut berkata ‘bahaya dek (adik), bahaya kau buat begitu dek.

“PKP itu tu dek, bukan tiada bantuan. Astaghfirullahalazim,” katanya dalam rakaman video berkenaan.

Difahamkan, lelaki itu sebelum rakaman dibuat turut menjerit kepada wanita itu supaya tidak keluar daripada pagar besi berkenaan malahan bantuan bakul makanan juga sudah diedarkan untuk penghuni di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi menyatakan pihaknya sudah menerima laporan berhubung kejadian itu selepas rakaman berkenaan tular di media sosial.

“Polis sedang mengesan wanita terbabit dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya tampil membantu siasatan. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI