fbpx

‘Gelembung Selamat’ buat atlet Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REEZAL MERICAN berpuas hati dengan protokol keselamatan dan prosedur operasi standard ‘Gelembung Selamat’ yang dilaksanakan oleh MAG serta MAHB).

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yakin kontinjen negara akan berlepas ke Tokyo, Jepun bagi menghadapi Sukan O­limpik 2020 dari 23 Julai hingga 8 Ogos depan dalam ke­adaan selamat daripada ancaman Covid-19.

Keyakinan itu diluahkan selepas beliau berpuas hati dengan protokol keselamatan dan prosedur operasi standard ‘Gelembung Selamat’ yang sedang dilaksanakan oleh Malaysia Aviation Group (MAG) serta Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB).

“Ini adalah salah satu langkah komprehensif yang amat baik dan cukup meyakinkan untuk mengekang sebarang kemungkinan berlakunya penularan Covid-19.

“Ia cukup terperinci mengambil kira pelbagai aspek dari ketibaan sehingga persiapan di dalam kabin, termasuk penggunaan tandas. Mudah-mudahan ia akan beri keyakinan kepada atlet dari segi kesihatan dan keselamatan mereka.

“Kalau berlaku sebarang jangkitan dan penularan, ia akan beri perasaan kecewa bukan sahaja kepada atlet tetapi seluruh rakyat Malaysia,” katanya selepas mengadakan sesi tinjauan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAG, Kapten Izham Ismail; Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan wakil Majlis Olimpik Malasia serta pegawai-pegawai daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi memantau proses berkaitan.

Kumpulan pertama atlet negara iaitu skuad pelayaran kebangsaan sudah berlepas ke Tokyo pada 8 Julai lalu dengan mengikuti protokol keselamatan yang sama.

Ia akan diikuti kumpulan kedua pada 17 Julai dan sete­rusnya pada 25 Julai ini.

Sebagai rekod, Malaysia menghantar 30 atlet daripada 10 jenis sukan seperti memanah, olahraga, badminton, berbasikal trek, terjun, golf, gimnastik artistik, pelayaran, menembak dan renang memburu kilauan pingat emas pertama negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI