fbpx

Dua lelaki main badminton tidak dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang mendakwa dua lelaki dikompaun ketika bermain badminton di hadapan rumah mereka di sekitar daerah ini.

SUBANG JAYA – Polis menafikan dakwaan mengeluarkan kompaun terhadap dua lelaki yang bermain badminton di hadapan rumah mereka di USJ 2 di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, pihaknya menerima aduan pada pukul 7 malam.

“Pasukan Pemantauan dan Pematuhan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya pergi ke kawasan itu dan mendapati dua lelaki sedang bermain badminton di depan rumah mereka.

“Polis telah memberi penerangan bahawa sebarang aktiviti senaman tidak dibenarkan dalam tempoh ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abd Khalid berkata, mereka telah diberi nasihat agar tidak mengulangi aktiviti tersebut dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.

“Polis juga tidak mengeluarkan sebarang bentuk kompaun kepada mereka,” jelasnya.

Terdahulu, tular tangkap layar dua lelaki didakwa dikompaun ketika bermain badminton di hadapan rumah mereka di Subang Jaya.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI