fbpx

Tanam pokok hutan ganti musang king

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kira-kira 15,000 batang pokok durian Musang King di Batu Talam selesai ditebang petang semalam dan penanaman pokok hutan mula dilakukan di kawasan berkenaan.

RAUB – Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) telah berjaya memusnahkan kesemua kira-kira 15,000 batang pokok Musang King di Hutan Simpan Kekal Batu Talam di sini.

Pengarah JPNP, Datuk Dr. Mohd. Hizamri Mohd. Yassin berkata, penebangan pokok durian Musang King dalam Operasi Pamah itu berjaya diselesaikan awal berbanding jangkaan selama sebulan sehingga 3 Ogos depan.

“Penebangan pokok telah selesai semalam dan penanaman telah dimulakan yang mana sebanyak 500 anak pokok hutan pelbagai spesies telan mula ditanam,”katanya di sini, hari ini.

Operasi menebang pokok durian Musang King di Hutan Simpan Kekal Batu Talam seluas 101 hektar dimulakan pada 2 Julai lalu dan dijangka siap pada 3 Ogos depan.

Walaupun pada mulanya operasi menerima provokasi melampau dipercayai daripada pekebun durian namun operasi kembali lancar selepas Pasukan Gerakan Am (PGA) mula melakukan kawalan pada 5 Julai lalu.

Sementara itu, Pegawai Pejabat Hutan Daerah Raub, Shahril Mohamad berkata, operasi memusnahkan pokok Musang King di kawasan seluas 101 hektar itu bertujuan mengekalkan kawasan tadahan air yang membabitkan sumber air kepada penduduk.

Beliau memberitahu Hutan Simpan Kekal Batu Talam seluas 62,070 hektar telah diwartakan sebagai kawasan hutan tadahan air pada 2002.

“Hutan Simpan Kekal Batu Talam membekalkan air kepada Sungai Sempam yang mengalir bertemu Sungai Liang dan membentuk Sungai Semantan yang mana sumber air sungai berkenaan diproses di Loji Semantan untuk kegunaan pengguna,”ujarnya. -K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI