fbpx

Prolintas sedia food bank di enam lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara bantuan makanan disediakan Prolintas kepada golongan memerlukan di lebuh raya seliaan mereka.

PETALING JAYA- Kumpulan Syarikat Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd.(Prolintas) mengambil inisiatif mewujudkan food bank di enam lebuh raya seliaan mereka bagi membantu masyarakat terkesan Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Prolintas, Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, inisiatif itu dijalankan secara kolektif oleh syarikat dan kakitangan dengan mengumpul dana hampir RM100,000.

“Dana yang dikumpul digunakan untuk membeli barangan keperluan asas seperti minyak masak, beras, tepung dan susu sebelum ditempatkan di beberapa lokasi strategik bermula hari ini.

“Antara lokasi terlibat termasuklah Hentian Sebelah Plaza Tol Sungai Balak serta Lebuhraya Kajang SILK dan orang awam memerlukan diminta datang mengambilnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, food bank itu akan diwujudkan juga di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah
Alam (DASH) dalam masa terdekat. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI