fbpx

Prolintas santuni waris mangsa nahas Elmina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Divisyen Komunikasi Korporat Prolintas, Badri Ibrahim (tiga dari kanan) bersama wakil Prolintas menyantuni dan menyerahkan sumbangan kepada balu dan anak mangsa nahas Elmina (Sharipuddin Shaari), Suriana Muda (dua dari kiri) dan Muhammad Sharul Izuan Sharipuddin (tengah) di kediamannya di Sepang, Selangor.

PETALING JAYA – Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) menyantuni serta menyerahkan sumbangan kepada waris mangsa nahas pesawat di Persiaran Elmina, Lebuh raya Koridor Guthrie (GCE) baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prolintas, Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, sumbangan itu adalah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan tanda keprihatinan syarikat selaku penyedia lebuh raya terbesar di Lembah Klang.

“Kami bersimpati terhadap keluarga mangsa-mangsa nahas pesawat tersebut dan diharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka untuk menghadapi ujian ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, wakil Prolintas telah hadir menziarah keluarga salah seorang mangsa nahas, Sharipuddin Shaari, pemandu e-hailing di kediaman mereka di Sepang, Selangor pada 12 September.

“Dana sumbangan telah disampaikan kepada balu dan anaknya, Suriani Muda dan Muhamad Sharul Izuan Sharipuddin.

“Manakala, sumbangan turut diserahkan kepada waris seorang lagi mangsa, Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, penghantar makanan di pejabat pentadbiran Prolintas pada 1 September lalu,” ujarnya.

Terdahulu, pada 17 Ogos sekitar pukul 2.50 petang, 10 mangsa disahkan maut di lokasi insiden selepas pesawat terhempas di atas overbridge Persimpangan Elmina yang terletak dalam kawasan penyelenggaraan Lebuh raya GCE.

Dua mangsa tersebut merupakan pengguna lebuh raya yang melalui lokasi berkenaan ketika kejadian. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI