fbpx
ONN Abdul Rahman (kanan) memerhatikan seorang penghantar makanan bermotosikal mengisi petrol percuma pada Program Free Petrol for Food Delivery Riders anjuran Yayasan Pahang di Stesen Petronas Tanjung Lumpur di Kuantan hari ini.

Petrol percuma untuk penghantar makanan di Kuantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Penghantar makanan bermotosikal di sekitar bandar ini boleh mengisi minyak petrol di Stesen Petronas, Tanjung Lumpur bermula hari ini hingga Jumaat.

Yang Dipertua Kelab Keluarga Yayasan Pahang, Onn Abdul Rahman berkata, inisiatif itu adalah bagi membantu meringankan beban kewangan kumpulan penghantar makanan yang turut terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Sumbangan petrol percuma ini adalah hasil sumbangan Yayasan Pahang dan  kakitangan yang menderma untuk program ini.

“Mereka ini adalah ‘unsung hero’ yang perlu diraikan dan kita harap bantuan ini dapat meringankan sedikit bebanan mereka,”katanya selepas program ‘Free Petrol For Food Delivery Riders’ di stesen minyak Tanjung Lumpur, di sini, hari ini.

Beliau berkata sebanyak RM2,000 diperuntukan bagi program itu yang boleh memanfaatkan kira-kira 200 penghantar makanan.

Sementara itu, seorang penghantar bermotosikal, Saufi Naqman, 22, berkata, inisiatif Yayasan Pahang itu sangat membantu mereka menjimatkan perbelanjaan mengisi petrol sebelum ini yang mencecah RM15 sehari.

“Kami berterima kasih kepada Yayasa Pahang dan semua yang terlibat dalam program ini yang membantu meringankan beban kami yang turut terjejas akibat pandemik Covid-19,”ujarnya. -K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

POPULAR