fbpx

Jenazah Benjy selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENAZAH Benjy selamat disemadikan di Medan sekitar pukul 11 pagi tadi.

PETALING JAYA – Jenazah Allahyarham Benjy selamat dikebumikan di Pemakaman Waqaf Pasar 4, Klambir Lima, Kampung Medan, Indonesia sekitar pukul 11 pagi (waktu tempatan) dan selesai pada pukul 11.45 pagi tadi.

Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dalam satu kenyataannya kepada media memberitahu, semua urusan pengebumian Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 42, telah diuruskan oleh pihak Penjara Tanjung Gusta dan Konsulat General Malaysia di Medan, Indonesia.

Dalam pada itu, proses pengebumian Benjy turut dibuat secara siaran langsung menerusi panggilan video yang disaksikan keluarganya dan wakil pihak Seniman di Malaysia.

“Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan oleh Allah SWT untuk Benjy pulang ke ‘negari abadi’. Andai ada kesilapan yang pernah arwah lakukan, saya mohon semua pihak untuk memaafkannya dunia dan akhirat.

“Sesungguhnya Benjy adalah seorang manusia yang sangat kuat dan hebat untuk lelaui segalanya dengan sendiri sehingga hujung nyawa,” kata Seniman dalam kenyataan media.

Semalam, berita duka menyelubungi karyawan seni tanah air selepas pelakon yang pernah membintangi drama bersiri Kerana Cintaku Saerah itu dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit asma kronik di sebuah hospital di Medan, Indonesia.

Benjy sebelum itu dijatuhi hukuman penjara selama 11 tahun sejak 2017 atas kesalahan cuba menyeludup dadah jenis syabu di Medan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI