fbpx

Empat peniaga positif Covid-19, Pasar Telok Kemang ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASAR Telok Kemang, Port Dickson ditutup selama seminggu berikutan terdapat pengesanan kes jangkitan Covid-19 melibatkan peniaga di pasar berkenaan. Foto MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

PORT DICKSON: Pasar Telok Kemang dekat sini ditutup selama tujuh hari selepas terdapat pengesanan kes jangkitan Covid-19 di pasar tersebut.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Zamri Mohd. Esa berkata, pasar berkenaan akan akan ditutup mulai hari ini sehingga 18 Julai depan.

Menurut beliau, penutupan selama seminggu tersebut adalah bagi tujuan kerja-kerja sanitasi dilakukan.

“Oleh itu, tiada sebarang aktiviti perniagaan dijalankan di pasar itu pada tarikh yang dinyatakan.

“Terdapat empat orang peniaga yang positif Covid-19 di pasar berkenaan dan ia ditutup bagi tujuan sanitasi,” katanya hari ini.

Menurut Zamri, terdapat seramai 53 penyewa di pasar berkenaan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI