fbpx

Cristiano Ronaldo tayang percutian mewah bersama keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronaldo dirakam bercuti di Sepanyol bersama keluarga di atas kapal layar mewah. - Instagram

MADRID – Kapten bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo mengambil kesempatan bercuti bersama keluarga  selepas pasukannya tersingkir awal dari kejohanan Euro 2020, akhir bulan lalu.

Menerusi kemas kini Instgaramnya baru-baru ini, Ronaldo terbang ke sebuah destinasi rahsia di Sepanyol bersama teman wanita, Georgina dan empat anaknya iaitu Cristiano Jr., si kembar Mateo dan Eva serta Alana dengan  menaiki pesawat jet peribadi.

Mereka berenam dirakam bersantai di atas sebuah kapal layar mewah dan menikmati cuti musim panas yang menimbulkan rasa cemburu peminat seluruh dunia.

“Masa untuk yang tersayang,” tulis Ronaldo ringkas pada gambar keluarga yang dirakam ketika percutian.

Ronaldo bersama teman wanita (tiga dari kiri ) dan anak-anak menikmati percutian musim panas di Sepanyol. – Instagram

Selain gambar keluarga, bintang Kelab Juventus ini juga tidak ketinggalan menayang badan sasanya untuk tatapan peminat.

“Anda sudah bekerja keras jadi kini masa untuk merehatkan badan,” tulis seorang peminat dengan tanda berbentuk hati.

“Berehat sebentar dan kembali dengan tenaga baharu,” komen seorang lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI