fbpx

Solo tapi Nadia Brian masih trauma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NADIA BRIAN

PERCERAIAN bukanlah perkara indah yang hendak dilalui oleh mana-mana pasangan di dunia.

Malah, perceraian juga boleh memberi pelbagai impak terhadap mental seseorang seperti trauma dan situasi itu yang dilalui Nadia Brian ketika ini.

Ditanya netizen tentang statusnya ketika ini, Nadia menjawab dia masih solo, namun mempunyai masalah tentang kepercayaan dalam hubungan.

“Maaf hendak tanya soalan tetapi sensitif sedikit. Nak tanya status Nadia sekarang apa ya,” soal seorang netizen dalam InstaStory pelakon Titian Takdir itu.

Balas Nadia: “Status saya masih solo tetapi sekarang ada masalah kepercayaan. Risau ditambah trauma kesan daripada kejadian lalu.”

Jika sudah mengalami pengalaman pahit seperti Nadia memang sukarlah hendak meletakkan kepercayaan terhadap mana-mana individu terutama lelaki yang ingin mendekatinya.

Mungkin juga perceraian telah mengajar Nadia untuk lebih berhati-hati memilih lelaki yang hendak dijadikan pasangan hidup selepas ini.

Sekiranya berniat untuk berkahwin lagi, semoga Nadia bertemu lelaki yang lebih baik ya. Insya-Allah.

DIVA: Banyak betul tuduhan yang dilemparkan seorang wanita terhadap Fiza Halim. Harap Fiza hadapi tuduhan dengan tenang. Ramai simpati dengan nasib Fiza, maklumlah ibu tunggal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI