fbpx

Pengusaha, pekerja hotel Pulau Pangkor terus sengsara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry (dua dari kanan) menyampaikan bantuan barangan keperluan harian kepada wakil pekerja sebuah hotel sambil diperhatikan Zamzuri (kanan) di Pulau Pangkor hari ini.

LUMUT – Ramai pekerja hotel dan resort di Pulau Pangkor terpaksa diberhentikan kerja berikutan keadaan sektor pelancongan yang lumpuh ketika ini.

Bagi yang masih bekerja, mereka dibayar gaji hari tetapi bilangannya berkurangan kerana pengusaha hotel dan resort terpaksa menanggung kos operasi tanpa keuntungan.

Pengerusi Pembangunan Hotel dan Resort Pulau Pangkor, Zamzuri Suid berkata, ketika ini pengusaha terpaksa menggunakan pelbagai sumber kewangan termasuk wang simpanan.

“Tambah menyedihkan apabila Program Pemulihan Ekonomi Negara (PEMULIH) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini turut tidak melibatkan kami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Bantu Persatuan Pembangunan Hotel dan Resort Pulau Pangkor di Pulau Pangkor hari ini.

Sumbangan berupa barang keperluan harian dan wang itu diberikan kepada kira-kira 400 pekerja melibatkan 52 hotel, resort dan rumah tetamu di pulau peranginan tersebut.

Bantuan menerusi Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor dan Tourism Perak itu disampaikan oleh ADUN Pangkor, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan)
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI