fbpx

Hadiah istimewa Shalma untuk Ismail Izzani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL menunjukkan hadiah hari jadi yang diterima daripada Shalma.

MENERIMA hadiah istimewa daripada insan tersayang semestinya menjadi sebuah pengalaman yang berharga buat mana-mana individu.

Mungkin itu yang dirasai Ismail Izzani apabila menerima hadiah istimewa daripada teman wanitanya, Shalma Eliana.

Daripada perkongsian yang dimuat naik Ismail, bukan calang-calang hadiah yang diterimanya bahkan antara yang paling digilai oleh orang ramai ketika ini.

Konsol permainan video Playstation 5 (PS5). Itulah pemberian istimewa daripada kekasih hatinya.

“Terima kasih kepada Shalma kerana hadiah yang sangat menakjubkan ini. Saya cintakan awak Shal!” tulis Ismail.

Siapa yang tidak suka terima hadiah bernilai ribuan ringgit? Mesti bertambah sayang lagilah Ismail kepada Shalma.

Seperti biasa, netizen juga sempat mengusik manja pasangan kekasih itu dalam ruangan komen.

“Anugerah teman wanita terbaik tahun ini jatuh kepada Shalma!” komen seorang netizen.

Apapun, semoga hubungan Ismail dan Shal sentiasa bahagia dan berakhir hingga ke jannah ya.

DIVA: Terasa hendak kibarkan bendera merah jambu pula selepas ini. Manalah tahu bertemu jodoh ketika musim pandemik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI