SHALMA AINAA merupakan seorang pengacara televisyen, pempengaruh dan usahawan yang dikenali kerana personalitinya yang mesra dengan penampilan fesyen segar, elegan dan sentiasa relevan dengan trend semasa.

K2

Shalma Ainaa ada almari hanya untuk blazer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETIAP kali melangkah ke acara, satu perkara yang pasti tentang Shalma Ainaa ialah gaya fesyennya tidak pernah mengecewakan.

Pengacara televisyen, pempengaruh dan usahawan jenama pakaian itu bukan saja dikenali kerana personalitinya yang mesra, tetapi juga cita rasa fesyen segar, elegan dan sentiasa relevan dengan trend semasa.

Sama ada di karpet merah, majlis pelancaran produk atau acara fesyen antarabangsa, penampilan Shalma, 33, sering mencuri perhatian dan penuh dengan gaya tersendiri.

Sering dilihat menggayakan busana oversized, pemilik nama penuh Shalma Ainaa Bruhanutheen mengakui gaya sedemikian lebih kena dengan jiwanya.

Berkongsi dengan CitaRasa, Shalma berkata, dia banyak mengambil inspirasi dalam bergaya tatkala melancong ke luar negara, lalu disesuaikan dengan ‘vibe’ peribadinya.

“Saya sukakan look yang effortless dan chic. Apabila saya lihat gaya orang lain dan sukakannya, saya akan cuba bergaya sedemikian.

“Dalam bergaya, saya akan sentiasa pastikan memakai sesuatu yang selesa dan akan melabur untuk pakaian bersifat timeless yang boleh pakai berulang kali,” katanya.

Shalma mendedahkan dirinya amat gilakan blazer, selain menyifatkan oversized blazer sebagai salah satu item fesyen wajib ada dalam almarinya.

“Sejujurnya saya ada terlalu banyak blazer, bahkan turut mempunyai satu almari pakaian hanya untuk koleksi-koleksi blazer.

“Kebanyakan blazer itu juga adalah blazer lelaki sebenarnya, memandangkan saya suka gaya oversized dan blazer lelaki mempunyai potongan yang lebih besar,” katanya.

Shalma juga berkongsi dia banyak membeli koleksi thrifted blazer daripada gedung menjual pakaian terpakai pada harga yang sangat murah.

“Blazer saya ada juga yang berharga RM10 sahaja. Saya sukakan konsep thrift shopping kerana dari situ, kita akan dapat banyak koleksi barangan random yang apabila digayakan nampak cantik.

“Bagi saya, fesyen ini adalah tentang bagaimana anda menggayakannya, bukan tentang harga atau pun jenama,” jelasnya.

Tidak terlalu memilih jenama, Shalma bagaimanapun menegaskan dia menghargai jenama-jenama mewah berkualiti tinggi dan akan sentiasa melihat kualiti pakaian sebegini bagi menambah baik kualiti jenama yang diasaskannya.

“Apabila ke luar negara, saya pastikan saya masuk ke dalam gedung-gedung mewah untuk lihat kualiti barangan mereka. Saya akan perhati aspek seperti jahitan bagi mengambil inspirasi untuk tambah baik kualiti jenama pakaian saya sendiri iaitu SHALS,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN