fbpx

Dua kapal berlanggar di perairan Muar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Sebuah kapal tangki dan kapal kargo dilaporkan berlanggar di kedudukan 14.1 barat daya Kuala Sungai Muar di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 12.03 tengah malam itu, dua buah kapal yang terlibat ialah kapal kargo MV Zephyr Lumos yang berdaftar dari United Kingdom dan kapal tangki MV Galapagos berdaftar di Republik Malta.

Pengarah Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakarian berkata, insiden berkenaan bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Menurutnya, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru telah menerima maklumat menerusi Maritime Rescue Coordinator Centre (MRCC) Putrajaya mengenai signal kecemasan yang diterima oleh sistem Cospas-Sarsat daripada sebuah kapal kargo bertanda nama MV Zephyr Lumos.

“Manakala signal kecemasan sebuah kapal tangki bertanda nama MV Galapagos diterima melalui pihak Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Pekan Baru, Indonesia masing-masing di kedudukan 14.1 barat daya Kuala Sungai Muar.

“Sejurus menerima maklumat, pihak MRSC Johor Bahru telah menyalurkan maklumat kepada Zon Maritim Batu Pahat (ZMBP) dan Pos Pengkalan Hadapan (FOB) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Batu Pahat bagi memohon bantuan aset,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nurul Hizam berkata, kapal Kilat 47 daripada ZMBP dan PSC 37 Pasukan Polis Marin (PPM) telah bergerak ke lokasi kejadian bagi mendapatkan gambaran kejadian tersebut.

Ujarnya, hasil pemerhatian dan pemantaun di lokasi kejadian disyaki kapal MV Zephyr Lumos telah terlanggar kapal kapal MV Galapagos dan sehingga kini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, pihak Jabatan Laut Wilayah Selatan dan Jabatan Alam Sekitar Johor telah dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI