fbpx

Trend kes Covid-19 Selangor mungkin tidak akan berubah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin

BANGI – Kerajaan Selangor menjangkakan trend kes Covid-19 yang tinggi di negeri itu tidak akan berubah dalam tempoh terdekat.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, hal itu kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika ini memerlukan masa lebih daripada tujuh hari bagi menampakkan keberkesanannya.

“Berdasarkan analisa yang diberikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) sebelum ini, mungkin antara empat hingga ke enam minggu baru kita dapat kesan hasil Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan.

“Tetapi bagi PKPD kali ini, kita mungkin dapat lihat kesan-kesannya pada minggu kedua atau minggu ketiga pelaksanaannya,” katanya ketika sidang akhbar selepas melawat kawasan PKPD di Pangsapuri Sri Ayu, Bandar Baru Bangi, di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, beliau percaya dengan jumlah bekalan vaksin yang seimbang serta pembukaan beberapa lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV), ianya dapat meningkatkan keupayaan untuk mencapai imunisasi kelompok.

Dalam pada itu, Amirudin memaklumkan, seramai 2,320 penduduk di Pangsapuri Sri Ayu yang terdiri daripada pekerja-pekerja kilang akan divaksin dalam tempoh dua hari bermula hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI