fbpx

Sektor peruncitan, pengedaran diseru daftar RIVAC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosol (dua dari kanan) menyaksikan proses seorang penduduk divaksin Covid-19 pada program Outreach Hulu Terengganu di Politeknik Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memohon pemain industri sektor peruncitan dan pengedaran di seluruh negara agar segera mendaftar dengan Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RIVAC).

Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid berkata, langkah tersebut bertujuan memastikan kira-kira 500,000 pekerja dalam kedua-dua sektor berkenaan di seluruh negara dapat menerima manfaat vaksinasi Covid-19 apabila RIVAC dilancarkan pada 26 Julai ini.

“Pengusaha yang terlibat dalam sektor peruncutan dan pengedaran di bawah KPDNHEP telah merayu dari awal lagi untuk diberi (keutamaan) divaksin (Covid-19).

“Mereka juga barisan hadapan yang berisiko (tinggi) kerana sentiasa berhadapan dengan masyarakat. Alhamdulillah, permohonan tersebut telah diluluskan kerajaan,” katanya ketika ditemui selepas memantau program Outreach Vaksinasi Hulu Terengganu di sini hari ini.

Rosol berkata, setakat ini, seramai 1,162 pekerja dalam sektor peruncitan dan pengedaran di seluruh negara telah dijangkiti Covid-19 dan ia menyebabkan operasi perniagaan terlibat seperti pasar raya terpaksa ditutup.

Oleh itu, beliau berkata, RIVAC juga bertujuan memastikan proses vaksinsasi dalam kalangan pekerja sektor itu dilakukan secara teratur dan sistematik.

Kosmo! Online semalam melaporkan KPDNHEP akan melancarkan Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RIVAC) untuk pekerja sektor tersebut mulai 26 Julai ini.

Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexandar Nata Linggi berkata, pihaknya menganggarkan 31,000 pekerja barisan hadapan sektor peruncitan dari sekitar Kuala Lumpur dapat divaksin sejajar dengan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI