fbpx

PN Perak sokong Saarani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Faizal Azumu (kanan) beramah-mesra bersama penerima vaksin Covid-19 pada program Vaksinasi Outreach di Dewan Serbaguna Sungai Lah, Chenderiang hari ini. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

TAPAH – Perikatan Nasional (PN) Perak akan terus menyokong Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad dan kekal dengan pendirian untuk terus bekerjasama.

Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PN negeri sedia memberi komitmen kepada pentadbiran kerajaan dipimpin Saarani.

“Bagi pihak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak dan juga PN Perak, saya ingin menyatakan komitmen semua ADUN-ADUN daripada Pas dan Bersatu iaitu terus mendukung kerajaan negeri sedia ada.

“Kami akan terus membantu Menteri Besar dalam memberi fokus kepada usaha untuk membantu rakyat yang menghadapi kesukaran dalam tempoh pandemik Covid-19 ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan pada Program Vaksinasi Outreach di Dewan Serbaguna Kampung Sungai Lah, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kedudukan pentadbiran kerajaan negeri susulan tindakan UMNO menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahmad Faizal yang juga Pengerusi Bersatu Perak berkata, sehingga kini tiada sebarang perbincangan dilakukan antara PN Perak dan UMNO berhubung kemelut yang berlaku di peringkat pusat.

Bagaimana pun katanya, Bersatu dan Pas akan sentiasa berpegang kepada janji dalam memberi sokongan kepada Saarani menggalas tugas sebagai Menteri Besar. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI