fbpx
Kamarul Rizal ketika mengunjungi kediaman Yusoff di kampung Jalan Bharu, Balik Pulau hari ini.

Warga emas teruja dikunjungi mata-mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU – Seorang lelaki warga emas tidak menduga kediaman kayunya yang terletak di Jalan Bharu di sini akan dikunjungi sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya ketika usianya kini mencecah 85 tahun.

Yusoff Dali merupakan antara 10 penerima bantuan keperluan asas menerusi program Op Bantu di daerah Barat Daya yang dijalankan selama dua mulai hari ini.

Luah Yusoff, dia begitu teruja bertemu dengan kira-kira 20 anggota dan pegawai polis berkenaan selain menganggap dirinya sebagai individu paling bertuah.

“Usia 85 tahun baru dapat bertemu mata-mata (polis) dengan lebih dekat. Pak cik bangga dapat jumpa depa (mereka) pada usia sebegini,” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini. – K! ONLINE

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, bantuan tersebut diberikan kepada individu yang terkesan dengan pandemik Covid-19 termasuk warga emas yang uzur.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

POPULAR