fbpx
GAMBAR baju merah meunjukkan keadaan terkini Nia Ramadhani.

Wajah cengkung Nia Ramadhani pula tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Selepas pelakon Nia Ramadhani membuat pengakuan mengambil dadah jenis syabu bersama suaminya, Ardi Bakrie sejak lima bulan lalu, tular dalam media sosial wajah pelakon itu yang kelihatan cengkung.

Menerusi laman Twitter @hibooran, beberapa tangkap layar foto Nia berbaju merah jambu dalam keadaan cengkung, kurus dan pucat dimuat naik dalam laman sosial tersebut.

Pelakon sinetron Bawang Merah Bawang Putih itu sememangnya terkenal dengan kejelitaannya telah membuatkan ramai pengguna Twitter terkejut melihat keadaan dirinya yang jauh berbeza berbanding sebelum ini.

Rata-rata memaklumkan bahawa mereka tidak menyangka penampilan Nia mengalami perubahan ketara, lebih-lebih lagi selepas membuat pengakuan mengambil bahan terlarang itu.

“Sebelum ini dia (Nia) selalu dipuji masih kelihatan cantik walaupun tanpa solekan. Kenapa sekarang jadi begini?” Komen salah seorang pengguna Twitter.

“Kehidupan mewah dengan harta yang melimpah tidak menjamin kebahagiaan. Dia mencari bahagia dengan cara yang salah,” kata seorang lagi pengguna Twitter.

Dalam pada itu, terdapat juga komen yang mengatakan bahawa Nia sebenarnya mengamalkan pemakaian susuk untuk kelihatan cantik dan menawan.

Terdahulu sejak pagi tadi, tular dalam media sosial apabila Nia dan suaminya ditangkap polis di kediamannya di daerah Pondok Pinang, Kebayoran Lama, Jakarta Selatan pada pukul 3 petang semalam bersama pemandu peribadinya yang dikenali sebagai ZN atas kesalahan dadah.

Pelakon itu bersama suami mengaku mengambil dadah jenis methamphetamine atau syabu sejak lima bulan lalu ketika ditahan di Balai Polis Metro Jakarta Pusat semalam.

Hasil pemeriksaan, polis menemukan barang bukti berupa dadah jenis syabu seberat 0.78 gram.

Jika sabit kesalahan ketiga-tiganya berdepan dengan hukuman empat tahun penjara. – K! ONLINE