fbpx

Tumbuk polis, bekas ratu cantik ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang wanita yang juga bekas ratu cantik negara ditahan selepas bertindak merempuh Sekatan Jalan Raya (SJR) dan menumbuk anggota polis dalam satu kejadian di Lebuh Raya Persekutuan awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.10 pagi itu, suspek yang berusia 28 tahun turut dikatakan bertindak agresif dan dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol serta dadah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, wanita berkenaan memandu kenderaan tersebut bersama seorang rakan wanita dari arah ibu negara menghala ke Petaling Jaya.

“Suspek telah merempuh SJR di Lebuh Raya Persekutuan dan tidak menghentikan kenderaan untuk pemeriksaan.

“Anggota Kereta Peronda Polis (MPV) telah mengejar kenderaan dinaiki suspek sebelum berjaya ditahan di Jalan Universiti dekat sini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, suspek turut bertindak menumbuk anggota polis ketika pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut dilakukan.

“Rakan suspek turut tercedera selepas dipukul suspek yang berada dalam keadaan mabuk. Kedua-dua wanita berkenaan juga didapati positif dadah jenis ganja.

“Kedua-dua suspek telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 26(2) Akta Polis 1967, Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.- K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI