fbpx

Jangan serbu kedai runcit, cari pemborong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran seorang pengguna media sosial mengenai situasi sebuah kedai runcit di Shah Alam ekoran pembelian pukal pertubuhan badan misi bantuan sehingga berlaku kehabisan stok.

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mencadangkan badan-badan bantuan kemanusiaan membeli barang keperluan daripada pemborong bagi mengelakkan bekalan di peringkat peruncit habis.

KPDNHEP menerusi kenyataan akhbar berkata, pihaknya mendapat maklumat bahawa beberapa barang keperluan seperti beras, minyak masak, telur, tepung dan gula habis di sebuah peruncit di Seksyen 27 Shah Alam baru-baru ini akibat dibeli untuk tujuan bantuan kemanusiaan.

“Pembelian berlebihan itu telah menyebabkan pengguna di kawasan tersebut ‘terputus bekalan’ dan terpaksa membeli daripada peruncit yang jauh sedikit atau menunggu sehingga bekalan baru sampai ke peruncit tersebut.

“Fenomena rak-rak kosong sesuatu barangan keperluan di sesebuah premis peruncit dibimbangi boleh membawa kepada reaksi negatif seperti pembelian panik di kalangan pengguna,” jelasnya di sini hari ini.

Katanya lagi,  kerjasama daripada pertubuhan bukan kerajaan dan badan bantuan kemanusiaan amatlah diharapkan supaya tidak mewujudkan suasana yang tidak stabil akibat salah faham terhadap bekalan dan harga barang keperluan.

Menurutnya, KPDNHEP menyampaikan penghargaan dan rasa terima kasih atas wujudnya badan-badan bantuan kemanusian dan NGO yang membantu golongan terkesan akibat pandemik Covid-19 yang memerlukan bantuan terutama barang keperluan harian. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI