fbpx

2,040 kes dera kanak-kanak direkodkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rina (kanan) melawat seorang kanak-kanak perempuan OKU 'sindrom down' di Taman Sinar Harapan, Tunku Ampuan Najihah di Temiang, hari ini. /FOTO MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerima laporan sebanyak 2,040 kes penderaan terhadap kanak-kanak dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Sehubungan itu, Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, pihaknya berharap dan mengingatkan ibu bapa dan penjaga tidak menjadikan anak-anak mereka sebagai tempat melepaskan kemarahan walaupun mereka berdepan pelbagai dugaan ketika ini.

“Dalam keadaan sekarang pelbagai dugaan, ada juga yang mula hilang pekerjaan dan sebagai orang dewasa mereka tidak perlu menyalahkan kanak-kanak.

“Sekiranya mereka mempunyai masalah, boleh menghubungi talian kasih 1599 dan keduanya mereka boleh menyertai kumpulan sokongan. Peranan ahli keluarga juga penting dalam hal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) ‘sindrom down’ di Taman Sinar Harapan, Tunku Ampuan Najihah, Temiang dekat sini hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI