fbpx

Varane bakal tiba di Old Trafford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VARANE dilaporkan semakin hampir untuk menyertai United apabila rundingan dijangka selesai dalam tempoh beberapa minggu lagi. - AFP

MANCHESTER – Manchester United percaya mereka mampu untuk mendapatkan tandatangan Raphael Varane dalam tempoh beberapa minggu lagi sekali gus menjadi pemain ketiga terbaharu di Old Trafford.

Sebelum ini, pengarah bola sepak kelab itu, John Murtough berjaya membawa masuk dua pemain baharu iaitu Jadon Sancho serta Tom Heaton dan Varane dilaporkan akan menyusuli kedua-dua mereka.

Berita mengenai kejayaan mereka mendapatkan pemain yang lama menjadi buruan, Sancho diumumkan kelab itu pada Khamis lalu manakala sehari kemudian mereka mengesahkan bahawa Heaton kembali semula ke kelab lamanya, United.

Varane yang merupakan pemain kebangsaan Perancis gagal membantu pasukannya pada saingan Euro 2020 selepas Les Bleus tersingkir pada pusingan 16 pasukan terbaik.

Dia yang berada di Santiago Bernebeu sejak sedekad lalu dilaporkan mahu beralih angin selepas menolak kontrak baharu bersama kelab itu.

United sejak beberapa musim lalu terdesak untuk mendapatkan khidmat pemain bek tengah berkelas dunia untuk berpasangan bersama Harry Maguire selepas mereka dilihat bergelut untuk membentuk benteng yang mantap.

Selain Varane, beberapa pemain lain seperti pemain pertahanan tengah Villareal, Pau Torres dan Jules Koude dari Seville turut mendapat perhatian The Red Devils. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI