fbpx

Suhu di Artik sama panas dengan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG ramai menikmati suasana petang di Tasik Malar, Sweden ketika suhu panas 30 darjah Celsius direkodkan pada 24 Jun lalu. – AFP

STOCKHOLM, Sweden – Ahli meteorologi di serata negara Nordik mencatatkan suhu hampir melepasi rekod baharu sepanjang hujung minggu lalu termasuk bacaan tinggi 34 darjah Celsius di sesetengah tempat, lapor beberapa agensi berita kelmarin.

Bacaan itu direkodkan selepas agensi meteorologi Finland mencatatkan suhu paling panasnya untuk bulan Jun sejak rekod suhu bermula pada tahun 1844.

Kawasan Kevo di utara Finland mencatat suhu 33.5 darjah Celsius pada Ahad lalu sekali gus suhu paling panas sejak tahun 1914 apabila pihak berkuasa mencatatkan suhu 34.7 darjah Celsius, kata agensi berita STT.

Beberapa bahagian di Sweden juga melaporkan bacaan suhu tertinggi untuk bulan lalu.

“Jun 2021 adalah bulan Jun paling panas yang pernah dicatat di bandar kelahiran saya di Stockholm, Sweden.

“Jun kedua paling panas adalah pada 2020 dan yang ketiga pada tahun 2019,” kata aktivis alam sekitar, Greta Thunberg.

Di peringkat kebangsaan pula, suhu sepanjang bulan Jun tahun ini adalah yang ketiga paling panas pernah dicatatkan di Sweden.

Institut Meteorologi Norway pula mencatatkan bacaan 34 darjah Celsius di Saltdal iaitu sebuah daerah dekat Lingkaran Kutub Utara di rantau Artik.

Bacaan tersebut adalah suhu tertinggi yang diukur di Norway sepanjang tahun ini dan hanya 1.6 darjah Celsius kurang daripada rekod sepanjang zaman negara itu.

Sementara itu, beberapa bahagian di dunia turut mengalami gelombang haba yang buruk pada tahun ini.

Kanada berdepan kebakaran hutan di wilayah British Columbia setelah suhu panas mencecah 49.6 darjah Celsius direkodkan sekali gus rekod nasional yang baharu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI