fbpx

‘Pemindahan bakteria najis’ boleh lawan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemindahan bakteria cairan najis yang sedang disiapkan di Pusat Hospital Universiti (CHU) di Perancis pada 2019. - AFP

WARSAW, Poland – Sekumpulan saintis di Poland mendedahkan akan memulakan satu ujian klinikal bagi mengkaji keberkesanan kaedah pemindahan najis mampu membantu individu sembuh dari wabak Covid-19, lapor portal Sciencealert.com.

Kajian itu didorong oleh ujian kesihatan daripada dua pesakit hospital baru-baru ini di Poland yang memberikan keputusan di luar jangkaan biasa.

Kes membabitkan seorang lelaki berusia 80 tahun dengan radang paru-paru dan seorang remaja  19 tahun yang mengalami imunosupresi atau auto imun dengan kedua-dua mereka menerima pemindahan najis untuk jangkitan Clostridium difficile (C.defficile) yang serius.

Kedua-dua pesakit ini juga disahkan positif Covid-19 tidak lama selepas menjalani pemindahan najis namun hanya mengalami gejala ringan dan demam sebelum kembali pulih dalam masa beberapa hari.

Pakar kesihatan percaya kesembuhan dua pesakit ini berkait rapat dengan rawatan pemindahan najis yang dijalani mereka dan mendapat perhatian saintis untuk melakukan kajian lanjut.

Bagaimanapun, ini bukan kali pertama pakar kesihatan mencadangkan penggunaan kaedah  pemindahan najis untuk merawat Covid-19.

Ini kerana mikrobiota usus seseorang berkait rapat dengan sistem imun mereka dan virus Covid-19 boleh menyebabkan gangguan yang berbeza pada saluran gastrointestinal.

Beberapa laporan awal lain menunjukkan bahawa pemindahan najis dalam kuantiti sedikit dapat mengembalikan keseimbangan bakteria usus selepas dijangkiti Covid-19 tetapi belum ada kajian lanjut bagi membuktikan keberkesanan kaedah tersebut.

“Kesimpulan utama dari kes-kes ini adalah bahawa pemindahan mikrobiota najis kelihatan selamat dan keberkesanan yang setara dalam merawat jangkitan C. difficile berulang pada pesakit yang juga positif Covid-19.

“Satu persoalan yang lebih spekulatif adalah sama ada pemindahan mikrobiota najis boleh mempengaruhi perjalanan klinikal Covid-19,” tulis kajian itu.

Beberapa kajian terdahulu menunjukkan bahawa mikrobioma usus boleh memberi kesan kepada sistem pernafasan atau dalam bahasa mudahnya dapat meningkatkan daya tahan paru-paru melawan Covid-19. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI