fbpx

Kehadiran PGA lancarkan operasi tebang pokok musang king

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aktiviti penebangan pokok durian di Hutan Simpan Batu Talam di Raub berjalan lancar hari ini.

RAUB – Kehadiran anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) sejak semalam jelas memberikan kesan besar apabila operasi memusnahkan durian Musang King di Hutan Simpan Batu Talam di sini berjalan dengan lancar.

Difahamkan seramai 30 anggota PGA mula sampai semalam sebelum sebanyak 30 anggota lagi tiba hari ini bagi mengawal dan menjaga keselamatan petugas dalam operasi yang bermula 3 Julai dan dijangka berakhir 2 Ogos depan.

Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa), Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) Nor Azirim Ahmad berkata, kelancaran operasi dan tambahan lebih 30 kakitangan Jabatan Perhutanan dalam operasi musnah berkenaan diharap dapat menyelesaikan operasi itu lebih cepat berbanding tempoh sebulan ditetapkan.

“Semua petugas lebih bersemangat selepas kehadiran PGA dan saya berharap operasi dapat berjalan lancar tanpa sebarang gangguan daripada mana-mana pihak dan provokasi pihak tidak bertanggungjawab tidak berulang lagi.

“Hari ini kita menambah lebih 30 kakitangan JPNP menjadikan keseluruhan kira-kira 65 kakitangan yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan penebang,”katanya, di sini hari ini.

Operasi memusnahkan pokok durian Musang King di kawasan seluas 101 hektar itu sebelum ini mendapat provokasi melampau dipercayai daripada pekebun haram termasuklah menghalang laluan dengan kenderaan dan juga merosakkan jambatan.

Susulan itu dalam memastikan keselamatan petugas pasukan PGA telah digerakkan semalam bagi mengawal dan menjaga keselamatan petugas yang melakukan operasi penebangan di kawasan hutan simpan itu.

Menurut Nor Azirim, polis dan pasukan PGA mengadakan dua Sekatan Jalan Raya (SJR) 24 jam di laluan utama masuk ke kawasan kebun durian terbabit sejak semalam.

Katanya, kawalan juga dilakukan di kawasan jambatan simen yang dirosakkan sebelum ini selain anggota PGA melakukan kawalan di semua kawasan aktiviti penebangan.

“Anggota kembali bersemangat meneruskan tugas memusnahkan pokok durian selepas kehadiran PGA yang sentiasa mengawasi setiap aktiviti seterusnya menjamin keselamatan mereka,” ujarnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI