fbpx

Lelaki pecah rekod imbang penyodok atas kepala paling lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rush mengambil masa selama 2 jam, 36 minit, 6 saat untuk mengimbangi sebatang cangkul seberat 992 gram. - Guinness World Records

BOISE, IDAHO – Seorang lelaki dari negeri Idaho, Amerika Syarikat berjaya memecahkan Guinness World Records dengan mengimbangi sebatang penyodok taman yang diletakkan di atas kepalanya selama dua jam, 36 minit dan enam saat, lapor laman berita United Press International semalam.

David Rush yang pernah memecahkan lebih 150 Guinness World Records berkata, dia sebelum ini memegang rekod mengimbangi objek di atas kepala paling lama. 

Kedudukannya itu bagaimanapun dirampas oleh individu lain yang menewaskan rekod tersebut.

“Kita memerlukan stamina fizikal dan mental untuk memastikan sesebuah objek berada dalam keadaan seimbang di atas kepala untuk tempoh yang lama.

“Saya menukar tiga posisi berdiri secara bersilih ganti untuk menyokong otot-otot yang diperlukan untuk memecahkan rekod ini,” katanya.

Penyodok taman yang digunakan oleh Rush adalah seberat 992 gram. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI