fbpx

CITF jalinkan kolaborasi dengan syarikat telekomunikasi jayakan PICK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) menjalinkan kerjasama dengan beberapa syarikat telekomunikasi bagi memastikan kejayaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

CITF menerusi satu kenyataan berkata, beberapa syarikat telekomunikasi di Malaysia telah tampil ke hadapan untuk menjalankan kolaborasi strategik dengan CITF bagi mencapai hasrat berkenaan.

Katanya, syarikat berkenaan adalah Celcom Axiata Berhad, Digi Telecommunications Sdn. Bhd, Maxis Communications Berhad, Telekom Malaysia Berhad, TIME dotCom Bhd. dan U Mobile Sdn. Bhd.

“Sebagai rakan korporat CITF, antara inisiatif utama yang telah dan sedang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut adalah membantu penyediaan infrastruktur rangkaian internet (connectivity) di semua pusat pemberian vaksin (PPV) di Malaysia.

“Syarikat telekomunikasi berkenaan akan memastikan supaya PPV bukan sahaja dilengkapi dengan akses internet, tetapi kapasiti jaringan rangkaian juga ditingkatkan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya lagi, kolaborasi lain adalah notifikasi khidmat pesanan ringkas (SMS) antaranya untuk janji temu yang dihantar kepada orang awam bagi imunisasi Covid-19 yang telah bermula sejak 5 April lalu.

“Notifikasi SMS ini akan diterima oleh individu yang telah berdaftar untuk menerima vaksin Covid-19 melalui PICK,” jelasnya.

Tambahnya lagi, syarikat telekomunikasi yang terlibat juga berperanan dalam menyebarkan maklumat mengenai PICK serta menggalakkan pendaftaran untuk menerima vaksin Covid-19 melalui platform hebahan seperti laman web rasmi, laman sosial, aplikasi serta pusat khidmat pelanggan masing-masing.

“CITF menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi di Malaysia di atas kesudian, inisiatif serta sambutan yang amat positif terhadap kempen jangkau luar PICK dalam menuju objektif mencapai 80 peratus imuniti kelompok dan melindungi penduduk Malaysia,” katanya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI