fbpx

Acara sambutan Hari Ulang Tahun TYT Pulau Pinang ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak

GEORGE TOWN – Semua acara sempena sambutan Hari Ulang Tahun ke-72 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak susulan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang berkata, penangguhan itu berikutan situasi semasa dengan mengambil kira faktor keselataman dan kesihatan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di Pulau Pinang.

“Bagaimanapun, 10 Julai ini telah ditetapkan dan diisytiharkan sebagai hari kelepasan am sempena sambutan ulang tahun Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI