fbpx

3 penjaga premis ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga lelaki yang juga penjaga premis pusat panggilan untuk aktiviti perjudian yang ditahan di sekitar Sentul semalam.

PETALING JAYA – Seramai tiga penjaga premis pusat panggilan untuk aktiviti perjudian ditahan dalam satu serbuan di sebuah pangsapuri sekitar Sentul di sni sini semalam.

Serbuan pada pukul 4.50 petang itu telah dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Sentul.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kesemua yang ditahan terdiri daripada lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 19 hingga 20 tahun.

“Siasatan awal mendapati, premis berkenaan telah beroperasi sejak sebulan lalu dan berselindung di sebalik rumah milik persendirian.

“Kita juga telah merampas komputer pelbagai jenama, telefon bimbit dan kad akses ketika serbuan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, kesemua suspek telah dibawa ke IPD Sentul untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana terbabit dalam aktiviti judi dalam talian. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI